Mengenai Kami

Affin Islamic Bank Berhad (AFFIN ISLAMIC atau Bank), sebuah anak syarikat milik penuh Affin Bank Berhad (AFFINBANK) telah diperbadankan pada 13 September 2005 dan beroperasi secara rasmi sebagai sebuah bank Islam mulai 1 April 2006.
 
Sebagai sebuah bank Islam penuh, AFFIN ISLAMIC menawarkan pelbagai produk dan perkhidmatan Perbankan Islam yang lengkap kepada para pelanggan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS), Institusi, Runcit dan Korporat.
 
AFFIN ISLAMIC adalah antara peneraju produk-produk inovatif berlandaskan pelbagai konsep Syariah seperti Musharakah Mutanaqisah, Mudarabah, Istisna, Ijarah, Murabahah dan lain-lain.
 
Produk dan perkhidmatan AFFIN ISLAMIC memberikan keunikan tersendiri mengikut jenis perkhidmatan yang ditawarkan seperti deposit, akaun pelaburan dan pembiayaan untuk memenuhi keperluan konsumer dan perniagaan.
 
AFFIN ISLAMIC bersama lima (5) bank Islam yang lain telah menjadi perintis Platform Akaun Pelaburan (IAP) yang merupakan platform untuk menjamin keperluan pembiayaan perniagaan, terutamanya PKS, institusi dan pelabur runcit. IAP secara rasminya dilancarkan oleh Gabenor Bank Negara Malaysia pada 17 Februari 2016 dan bertujuan untuk menawarkan peluang pelaburan sebagai satu lagi kelas aset di dalam dan luar negara. Ini merupakan lonjakan kuantum dalam komitmen Bank di dalam peranannya untuk memajukan perbankan Islam di dalam landskap kewangan tempatan dan antarabangsa.
 
Sejajar dengan Pelan Induk Sektor Kewangan Malaysia yang bermatlamat untuk mengubah negara menjadi hab global bagi Perkhidmatan Kewangan Islam, AFFIN ISLAMIC akan terus menjalankan penyelidikan dan pembangunan secara berterusan agar dapat menghasilkan produk dan perkhidmatan kewangan baru yang mampu bersaing dalam arena kewangan di peringkat global.

VISI

AFFIN ISLAMIC memainkan peranan penting dalam dunia Perbankan Islam yang sentiasa berkembang dengan menyediakan penyelesaian dan perkhidmatan kewangan Patuh Syariah, yang akan mengukuhkan kedudukannya sebagai "INSTITUSI KEWANGAN ISLAM ANTARABANGSA TERULUNG".

Struktur Korporat

Klik untuk melihat Struktur Korporat

Alamat Korporat

Ibu Pejabat:

AFFIN ISLAMIC BANK BERHAD
17th Floor, Menara Affin
80, Jalan Raja Chulan
50200 Kuala Lumpur
Wilayah Persekutuan
Malaysia.

Telefon : +603-2055 9000
Faksimili : +603-2026 1415
Talian Terus : 1 800 88 3883
Alamat Swift : AIBBMYKL

Tarif Caj insert_drive_file
Kadar attach_money
Gold Price insert_chart
Kalkulator phonelink_ring